Bunga taik ayam.

♦ KEISTIMEWAAN SEKUNTUM BUNGA TAIK AYAM
(By: Ariff Ahmad)

❎ Didalam rencana yang di siarkan UTUSAN pada 08 Februari 2019, ia menyebut bahawa

🔺 Pelbagai ALASAN diberikan untuk ‘MENGHALALKAN’ TINDAKAN mereka MEMBERI JANJI-JANJI PALSU kepada rakyat.

🔺 Justeru kita TIDAK PERLU TERKEJUT apabila pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) begitu MEMPERTAHANKAN tindakan rakan mereka MEMALSUKAN KELULUSAN.

🔺 TANPA RASA BERSALAH mereka MENEGASKAN, si POLAN tersebut BUKAN MEROGOL atau MENCURI, justeru apa yang berlaku bukanlah satu isu.

🔺 Begitulah JAHILNYA HUJAH-HUJAH yang DIZAHIRKAN pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia walaupun isu berkenaan turut MENDAPAT PERHATIAN MEDIA ANTARABANGSA

🔺 Isu itu MEMANG akan MENJADI TUMPUAN kerana ia MELIBAT SEORANG ANGGOTA KABINET BERTARAF TIMBALAN MENTERI lebih-lebih MENTERI yang MENJAGA HAL EHWAL LUAR NEGARA

🔺 Percayalah selepas ini BANYAK LAGI ‘PERKARA-PERKARA PALSU’ berkaitan Pakatan Harapan AKAN MUNCUL MELIBATKAN RAKYAT

👉 Sila rujuk LAPORAN UTUSAN dibawah

💬 Sementara itu, pada 7hb Februari 2019 portal THE TELEGRAPH melaporkan bahawa

📋 Cambridge International University yang hanya menyenaraikan 25 ahli fakulti, menawarkan 150 program termasuk “pengurusan kasino” telah mengatakan melalui laman webnya bahawa University mereka TIDAK DIIKTIRAF oleh pihak berkuasa Pendidikan Amerika Syarikat, – .

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Malaysia deputy foreign minister urged to quit over ‘fake Cambridge degree’

https://www.telegraph.co.uk/news/2019/02/07/malaysia-deputy-foreign-minister-urged-quit-fake-cambridge-degree/

💬 Inilah akibatnya apabila RAKYAT MENGUNDI MENGIKUT PERASAAN dan bukannya MENGUNDI dengan MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN

📋 Bak kata orang tua-tua

💢 KALAU KAMU PILIH TAIK MAKA APA YANG KAMU DAPAT IALAH TAIK JUGA

💢 Maka kami HARAP kamu semua SERONOK BERMAIN DENGAN TAIK selama 5 tahun

⏩⏩ MALAYSIAN INSIGHT ⏪⏪

Selepas janji palsu, kini kelulusan palsu – Nasional – Utusan Online

UTUSAN
By: Zulkiflee Bakar
(SHARED by: Ariff Ahmad)

08 Februari 2019

SEHINGGA ke hari ini belum ada tanda-tanda kerajaan Pakatan Harapan akan melunaskan segala janji-janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pelbagai alasan diberikan untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka memberikan janji-janji palsu kepada rakyat.

Justeru kita tidak perlu terkejut apabila pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) begitu mempertahankan tindakan rakan mereka memalsukan kelulusan.

Tanpa rasa bersalah mereka menegaskan, si polan tersebut bukan merogol atau mencuri, justeru apa yang berlaku bukanlah satu isu.

Begitulah jahilnya hujah-hujah yang dizahirkan biarpun isu berkenaan turut mendapatkan perhatian media antarabangsa.

Memanglah isu itu akan menjadi tumpuan kerana ia melibatkan seorang anggota Kabinet bertaraf Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal luar negara. Bayangkan apa pandangan negara lain terhadap Malaysia.

Janganlah pula nanti ada mana-mana ahli politik yang jahil berhujah ia isu kecil berbanding 1MDB. Semua itu hanya pandangan mereka yang tidak matang dalam menyentuh soal moral seorang ahli politik.

Tetapi apa yang mahu dihairankan kalau jutaan rakyat Malaysia boleh ditipu dengan janji-janji palsu, apalah sangat berbanding kelulusan palsu.

Justeru itulah kalau benar Bersatu yang selama ini pemimpin-pemimpinnya begitu mendabik dada menyanjung tinggi integriti dan melakukan tindakan politik kononnya demi maruah negara dalam isu 1MDB lakukan sesuatu terhadap individu yang terlibat.

Bagaimanapun kalau tiada tindakan dibuat, kita tidak perlu hairan kerana itulah martabat parti yang memerintah negara sekarang.Tidak pernah rasa bersalah biarpun menipu rakyat.

Kalau berbanding dengan manifesto harapan palsu yang ternyata beri kesan besar kepada rakyat ,apalah sangat dengan kelulusan palsu.

Bukankah Pakatan Harapan juga ditubuhkan melalui kerjasama politik palsu yang sekadar untuk mendapat kuasa. Sebab itulah kini kita lihat siapa paling berkuasa dalam kerajaan.

Percayalah selepas ini banyak lagi ‘perkara-perkara palsu’ berkaitan Pakatan Harapan akan muncul melibatkan rakyat tetapi jangan marah kerana kata pemimpin Bersatu, “ia bukannya merogol atau mencuri’…hebatkan? –

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/selepas-janji-palsu-kini-kelulusan-palsu-1.837004

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s